Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan usahasama Malaysian Bar menganjurkan satu pertandingan golf amal di The Mines Resort and Golf Club, Kuala Lumpur pada 18hb September 2005.
Pertandingan Golf Amal CelebrateLife ini bertujuan bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (PKKM) dan LawCare.
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia merupakan satu pertubuhan amal yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan serta sokongan masyarakat bagi membiayai perkhidmatan perubatan, pemeriksaan kesihatan, diagnosis serta kempen-kempen kesedaran di seluruh negara. LawCare pula ditubuhkan di bawah pengawasan Malaysian Bar untuk membantu ahli-ahli yang kurang berkemampuan yang mengalami masalah kesihatan serius termasuk kanser.
Majlis makan malam amal akan diadakan di Hall Of Fame, The Mines Resort pada jam 7.30 malam, hari yang sama. Wang sumbangan berjumlah RM100,000.00 (RM Satu Ratus Ribu Sahaja) akan diberikan kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan LawCare pada majlis makan malam ini.
Antara penyumbang utama majlis ini adalah Resorts World Berhad, LBS Bina Group Berhad, Pantai Holdings Berhad, Bumiputra Commerce Bank Berhad dan HSBC Bank Malaysia Berhad.
Gambar Ihsan NST: Puan Kay Prakash - Pengurus Komunikasi Resorts World Berhad menyerahkan cek kepada Dato’ Zuraidah Atan, Penasihat Kehormat Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diperhatikan oleh YB Dato’ Shahrir Samad, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional.